Thursday, March 19, 2009

Khabarnya baik ke..?

Salam buat semua......
" Hai am...mentang-mentanglah dah kahwin...lupe ke nak update blog... ke sibuk ke mende lain??.... awok cakap bebaik ngan kwn.... kwn dok baca deme punye cite tau..tup2 bulan 12..abih cite plak...ish3.... am...am..."
Ha.. itulah diantara keluhan2 sahabat kwn yang sejati dok baca cite kwn dlm blog ni.... siap depa dok tunggu cite kwn yg selanjutnya.... tapi tak dak... ish3..kesian kat depa....erm....ala kulli hal kwn minta maap sgt2... bukan kwn taknak update..cuma saje maleh nak menyempatkan diri menulih.... hehe...lagipun kwn skrg dah ada teman...teman hidup yang bergelar 'ISTERI'... Syukur sgt2 atas nikmat perkahwinan yg Allah bagi ni....ALhamdulillah..

Sebenarnya kwn nak bercite sikit tentang kehidupan kwn selepas berkahwin ni.. yelah kan... dah ada isteri ni dah tak boleh buat mcm bujang.... kecuali kalau kena dok sorang-sorang...zaujati ada kerja...kwn jadi le bujang sekejap....

Ingat tak, kwn pernahkan cite sebelum ni adik ipar kwn yang eksiden kena potong kaki tu.... erm..alhamdulillah dia semakin pulih... bekas tempat potong yang berjahit tu dah beransur2 mengecut.... walaupun sebelum ni dalam pertengahan bulan 2, dia terjatuh sendiri tergelincir atas semen rumah... jatuh pulak betul2 kena tempat potong tu.... berdarah banyak... dan adik ipar kwn tu sekali lagi dimasukkan ke hospital untuk buka jahitan, cuci darah dan jahit semula.... dia bernasib baik kerana impak kepada kejatuhan dia tempoh hari, tak melibatkan keseluruhan tempat jahitan tu..cuma sebahagian sahaja...Dek kerana itu, dia terpaksa ditahan di wad tersebut (hospital PUTRA, Melaka) dalam tempoh seminggu lagi....

Oleh kerana adik ipar kwn yang perempuan (aishah) dah balik ke Sydney (sambung study setelah bercuti 3 bulan), jadi mak mertua kwn takde siapa bantu untuk uruskan farid (adik ipar yang eksiden tu)..mana nak uruskan makan minum kat rumah lagi... nak uruskan kimi (adik ipar yang bongsu) nak bersekolah lagi...... jadi kwn izinkan Isteri kwn balik ke Melaka bantu mak uruskan tentang hal di melaka.... 2 minggu isteri kwn di sana bantu mak..... tapi kwn tak kisah sbb kwn tahu itu tanggungjawab anak terhadap mak....

Kwn beranggapan pengorbanan ini hanya kecil sgt2 jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mak yang banyak bantu kita kenal erti hidup.... membesarkan kita.... dan tak terkira banyaknya...

Wednesday, December 17, 2008

Tak lama lagi....

Salam buat semua.....
Tinggal 2 hari lagi kwn akan bergelar SUAMI... nampak simple perkataan tu tapi besar TANGGUNGJAWABnya....
2 minggu sebelum ni banyak dugaan, cabaran yang terpaksa tunang kwn hadapi..... pertamanya kwn baiknya kemalangan dan patah bahu kiri..... selang beberapa hari adiknya yang ke-7 (FARID) pula kemalangan motorsikal dan kehilangan terus kaki kiri akibat pembulu darahnya pecah dan terpaksa dipotong!!... MasyaAllah dasyat dugaanMu Ya Allah.... terutama buat tunang kwn yang tersayang.... Kesedihan tu turut kwn family kwn rasai dan satu familynya sedih mengenangkan apa yang menimpa Farid.... ini semua qada` dan qadar yang mesti kita terima... yang penting apa yang berlaku PASTI ADA HIKMAHNYA..... itu yang kwn tekankan pada tunang kwn dan adiknya bila kwn menziarahi farid....
Cuma apa yang kwn kagum ialah semangat Farid.... walaupun dia tahu kakinya hilang, air mukanya kwn dah nampak dia semacam boleh terima apa yang berlaku pada dirinya.....
Untuk Farid apa yang kwn nak nasihatkan....:

"Farid kena kuat...Farid kena Tabah...... Ramai yang ambil berat pasal Farid.... semua orang sayang farid..... Farid kan seorang TAHFIZ..... jadi bila Sayangnya Allah pada Farid...Allah akan uji FArid.... Farid kena bersyukur Nyawa farid selamat..masih boleh farid menatap wajah Emak,ayah,along,daus,heri,aisyah,syafiq,fuad dan kimi dan termasuk abg am ni sekali dan juga semua org yang sayang farid dan farid sayang.....dan apa yang paling penting mereka masih boleh menatap wajah farid..... Kita kena ingat...ramai lagi org lain yang lebih bernasib malang dari farid... tabahkan hatimu.... kami semua akan sentiasa doakan farid, semoga kehidupan farid lepas ni dan sampai bila2 akan bertambah baik...."

Sedih kwn..... sepanjang kwn tulis coretan kali ni... walaupun gembira untuk majlis kwn nanti tapi jauh di sudut hati, kwn sedih dengan apa yang menimpa family tunang kwn... kwn doakan semoga kalian semua tabah dan banyakkan bersabar..... Pasti ada hikmahnya......

Akhirnya, buat sahabat2 semua, doakan kebahagian kwn yang bakal kwn kecapi selepas ini, semoga ianya berpanjangan sehingga akhir hayat..... Terima di atas nasihat sahabat2 semua terhadap kwn.... kwn insan biasa yang banyak buat kesilapan......

Salamualaik........

Monday, December 1, 2008

Countdown for my wedding ceremony.....

Salam buat semua.....
Erm... dah la kwn lama tak tulih kat blog kwn ni...tup2....kwn sendiri dah nak majlis...biasalah...kejutan tu mesti ada... tinggal 19 hari saje lagi kwn bergelar bujang.... InsyaAllah persediaan sehingga kini...alhamdulillah... cuma tak boleh over confident.... tak bagus....cuma skrg apa yg penting.. sokongan dari family dan kwn2 yang dah berumahtangga untuk kwn sabar hadapi sebarang bentuk dugaan/cabaran yang mendatang..... tolong kwn ok...

Erm... 3hb 12 2008, tarikh exam PTK kawan... inilah kali pertama nak PTK... mcm exited jugak tapi kwn baca mana yang termampu je sebab minggu lepas baru habis kursus..3 hari 2 malam... mana sempat nak belek2 buku..... sebelum2 ni pulak sibuk sikit dok attend kes2...dan siapkan beberapa hujjah.... dlm pada ni jugak kwn sibuk dengan persediaan perkahwinan.... memang masa untuk study tu agak terbatas.... mlm ni la baru kwn pulun betul2 nak baca mana yang termampu.... doakan kwn berjaya ok..... amin...

Erm....apa lagi ek.... alamak takde idea la...nanti2 kalau kwn ada idea, kwn tambah ok... ni kwn nak sambung study pulak.....

Salamualaik................

Thursday, November 13, 2008

Kaifa Ha..lukum...??

Salam untuk semua....
Kaifa ha..lukum....? (versi arab fushah) Izayyak? (arab ammi)
Pekabo sahabat2 semua.... kwn rasa lama sesangat dah kwn tak tulis something kat blog kwn ni... maklumlah...banyak keje skit kena laksanakan....attend kes2....siapkan laporan2 kes... hujah penggulungan kes.... semak pliding2 kes..... tandatangan surat2 penting jabatan.... erm boleh tahanla banyakknye... al-maklumlah dok j.b la katakan... yang ikut statistiknya negeri ke-3 paling banyak kes cerai (tak sure sgt) tapi ye kot....

Baru2 ni kwn attend lagi ke k.l untuk urusan majlis kwn nanti.... siapkan mcm2 benda kat sana...mcm urusan fiting baju kat melaka.... setel kad kahwin ngan adik kwn yang bijak bestari.....(dialah yg desingkan kad kawin kwn..cantik apa...) beli brg kemas.... setel fiting baju di rompin pahang......

Masa kat k.l kwn nak je jumpa kwn2 lama masa kwn belajar dulu dan keje kat K.L tapi tak berkesempatan.... insyaAllah lepas2 ni bukan kwn sorang tapi kwn bwk zaujah sekali jumpa korang semua...ok... barulah syok sikit... Amin....

Di kesempatan yang ada ni..kwn nak menjemput semua ke majlis perkahwinan kwn di :

Alor Gajah, Melaka pada 21hb Disember 2008 hari Ahad dan 25hb Disember 2008 hari Khamis di Kuala Rompin, Pahang.

Minta kerjasama sahabat2 kwn yg terbaca coretan kwn kali ni meng 'sms' kan alamat terkini sahabat2 sekalian ke no. pone kwn 013-9822140 untuk kad Jemputan diedarkan.....
Harap secepat mungkin..ok....

Oklah...kwn ada keje sikit...nanti2 kwn sambung lagi ek....
Salamualaik....

Tuesday, November 4, 2008

Jadikan amalan....

Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah dan ayat Alquran AlKarim

BISMILLAH ( Dengan nama Allah )Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescayaterpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia danjin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberaniandan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan )Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dannescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapamembaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinyadilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahayarohaninya.
AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah )Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescayaterpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaktidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakankepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkanpara malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembacasehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yanglain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akanmembuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nurmenurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal duniapada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akanterpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabutrohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihadbeserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindardarinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinandan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialahazab neraka.
SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina )Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.

SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran )Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat darigangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ ( Perempuan )Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akanterselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan )Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yangmungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dariwas-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hinggaayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yangbercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM ( Binatang Ternak )Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar darisegala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca olehpenumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF ( Benteng Tinggi )Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyangfardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segaladosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akanterpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmatAllah.
SURAH AL- AN FAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan danakan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surahini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan majuperniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil,nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu denganselamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akanterhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatanserta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat darigangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membacaayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang,nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikankemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, iaakan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membacaayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepadaanak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat daripetir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakitjantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescayaanak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atasperempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannyaitu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangbercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapamembaca ayat 80 dari surah ini, ketika pulang dari perjalanan, nescayadia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempatdengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapatrezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmupengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membacaayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepassembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapatsebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangselalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akanterselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian danserangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yangburuk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaatsebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, laluair itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamatdari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengansenafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yangberbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekalkepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidakakan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurnadan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-AN KABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapamembacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yanghendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membacaayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS - SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke ataskanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-Golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membacaayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakanmusuh-musuhnya.
SURAH SABA’ (Saba’)Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR ( Pencipta )Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkatiperniagaannya.
SURAH YAASIIN ( Hai Manusia )Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hatidan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescayaakan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satuhadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surahYaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku inginbenar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dancita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malamJumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa keduaibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekaliketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannyaitu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia matipada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekaliselepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan darisiksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turunkemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dankegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmatdan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalamkitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh andasekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT ( Yang Berbaris )Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripadagangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiansejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]

Monday, November 3, 2008

Kata2 Hikmah..

"Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga"

Sesuatu yg anda x
perasan@terfikir..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

How are me? hehe....


Salam untuk semua.........
Maaf sbb lama dah kwn tak upudate blog kwn ni... entahlah semenjak-bermenjak2 ni c-buk skit dengan keje2 opis.. yelah..nak setelkan cepat2 apa yang kena cepat setel sbb nanti nak cuti panjang pulak....banyak keje kwn pegawai lain yg kena take over.... sian kat depa tapi takpela..kan berkorban untuk kwn ni tak rugi sbb nanti2 kwn pulak tolong depa... ha ingat tu... tolong-menolong kan amalan mulia.....(betulbetulbetul)..versi upin ipin!!

InsyaAllah...selagi ada daya membantu..kwn bantu... dah nama pun keje kat jabatan yang membantu para suami@isteri (walaupun kebanyakkannya isteri2) yang dlm kecelaruan antara sayang dan benci!! susah jgk nak buat keputusan... si isteri nak minta cerai...fikir psl anak-anak...tak jadi nak minta cerai..tangguh dulu.... tapi kekadang si suami bila isteri minta diceraikan.... buat dek..je... buat mcm org tak salah.... tapi kekadang nak kata suami salah...tak jugak... erm... entahla... yang penting kalau si isteri dan banyak bagi peluang kat suami yang segalanya "i am the Boss!!" i know what i do!!.. isteri digantung tak bertali... just go on dgn permohonan cerai, moga2 bila si suami dpt saman.. baru sedikit rasa tersentak!!... maybe dgn cara ni...suami isteri boleh berbaik?insyaAllah....

Banyak yg kwn nak cerita tentang penglibatan kwn dlm bidang Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ni....

Kwn ingat lagi time mula2 kwn attend untuk interview jawatan kwn sekarang..last sekali penemuduga tanya kwn.."apa harapan awak terhadap temuduga hari ini?.." kwn pun dengan bangga nya jwb... "insyaAllah saya harap saya dapat bersama-sama JKSM membantu menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Syariah di Malaysia dan nak tahu kenapa kebanyakkan kes di Mahkamah Syariah 'lambat' selesai dan saya nak tahu sbb apa?... mungkin keterlibatan saya dlm JKSM selepas ini dpt menjawab persoalan saya yg dah lama terbelenggu dan bidang ini memang cita2 saya semenjak saya di Bangku Sekolah lagi....."
Kwn pandang muka penemuduga tu dan mcm ada ada sedikit keyakinan je kat muka depa untuk ambik kwn keje je.... (ceh perasan!!) harap2lah.... amin....
Tup2 alhamdulillah....tak lama lepas tu kwn diberitahu Temuduga kwn Berjaya dan diambil bekerja di bwh JKSM..... ALHAMDULILLAH....syukur sgt kwn rasa...dan kwn rasa bertuah sgt2... REZEKI ALLAH yang dpt kwn nikmati dan tidak disangka2..... berkat ayat seribu dinar yg kwn amalkan semenjak dulu setiap kali selepas solat rasanya.... alhamdulillah....

Oklah..kwn kat opis ni... curi masa skit tulis kat blog ni..sbb tadi dah attend satu kes Khidmat Nasihat... suami yang diminta dtg ke MRS Kuala Lumpur kerana isterinya mohon cerai BAIK dan suami kata tak setuju kerana mereka sebenarnya masih ok dan masih still berhubung melalui telefon tapi perhubungan mereka sedikit kelam-kabut sbb banyak campur tangan adik-beradik isteri!! erm....tak tahulah nak kata apa tapi... kwn pesan kat client kwn tu kalau tak setuju just attend dan ckp tak setuju je.... Maybe kes akan ditutup!! nak teruskan mcm mana kalau suami tak setuju cerai?? dan Permohonan pun memang permohonan Cerai Baik...tiada isu lain yg perlu dibangkitkan!!... (betulbetulbetul) versi upin ipin!! hehe...

Cukup sampai sini dulu ok.... nanti2 kwn sambung lagi......
ha...tu kerani dah panggil ada client kat depan...
kwn pergi dulu jalankan amanah Allah ni....
Jumpa lagi dicoretan yg lain....

Salamualaik......