Wednesday, December 17, 2008

Tak lama lagi....

Salam buat semua.....
Tinggal 2 hari lagi kwn akan bergelar SUAMI... nampak simple perkataan tu tapi besar TANGGUNGJAWABnya....
2 minggu sebelum ni banyak dugaan, cabaran yang terpaksa tunang kwn hadapi..... pertamanya kwn baiknya kemalangan dan patah bahu kiri..... selang beberapa hari adiknya yang ke-7 (FARID) pula kemalangan motorsikal dan kehilangan terus kaki kiri akibat pembulu darahnya pecah dan terpaksa dipotong!!... MasyaAllah dasyat dugaanMu Ya Allah.... terutama buat tunang kwn yang tersayang.... Kesedihan tu turut kwn family kwn rasai dan satu familynya sedih mengenangkan apa yang menimpa Farid.... ini semua qada` dan qadar yang mesti kita terima... yang penting apa yang berlaku PASTI ADA HIKMAHNYA..... itu yang kwn tekankan pada tunang kwn dan adiknya bila kwn menziarahi farid....
Cuma apa yang kwn kagum ialah semangat Farid.... walaupun dia tahu kakinya hilang, air mukanya kwn dah nampak dia semacam boleh terima apa yang berlaku pada dirinya.....
Untuk Farid apa yang kwn nak nasihatkan....:

"Farid kena kuat...Farid kena Tabah...... Ramai yang ambil berat pasal Farid.... semua orang sayang farid..... Farid kan seorang TAHFIZ..... jadi bila Sayangnya Allah pada Farid...Allah akan uji FArid.... Farid kena bersyukur Nyawa farid selamat..masih boleh farid menatap wajah Emak,ayah,along,daus,heri,aisyah,syafiq,fuad dan kimi dan termasuk abg am ni sekali dan juga semua org yang sayang farid dan farid sayang.....dan apa yang paling penting mereka masih boleh menatap wajah farid..... Kita kena ingat...ramai lagi org lain yang lebih bernasib malang dari farid... tabahkan hatimu.... kami semua akan sentiasa doakan farid, semoga kehidupan farid lepas ni dan sampai bila2 akan bertambah baik...."

Sedih kwn..... sepanjang kwn tulis coretan kali ni... walaupun gembira untuk majlis kwn nanti tapi jauh di sudut hati, kwn sedih dengan apa yang menimpa family tunang kwn... kwn doakan semoga kalian semua tabah dan banyakkan bersabar..... Pasti ada hikmahnya......

Akhirnya, buat sahabat2 semua, doakan kebahagian kwn yang bakal kwn kecapi selepas ini, semoga ianya berpanjangan sehingga akhir hayat..... Terima di atas nasihat sahabat2 semua terhadap kwn.... kwn insan biasa yang banyak buat kesilapan......

Salamualaik........

1 comment:

anap_ilmi said...

tahniah..smg kkl ke anak cucu