Tuesday, October 21, 2008

Doa Majlis Perkahwinan...

Doa Majlis Perkahwinan

Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…

Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati… Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…

Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…
Kurniakan Kepada Mereka Berdua…
Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….
Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…
Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….
Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..
Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…
Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…
Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana Nabi Allah Ayyub… Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya Dan Keluarganya…

Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami… Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini…
Amin….Ya Rabbal `Alamin….




2 comments:

KiasanCinta said...

doa ni bagus kalau you all nak DJ Korang bacakan masa majlis nanti.... semoga dimakbulkan Allah S.W.T...

humairah said...

mohon menggunakan doa ini.bagus doa ini.semoga usaha anda ini dikira sebagai sedekah jariah di sisi Allah.Amiin.