Wednesday, December 17, 2008

Tak lama lagi....

Salam buat semua.....
Tinggal 2 hari lagi kwn akan bergelar SUAMI... nampak simple perkataan tu tapi besar TANGGUNGJAWABnya....
2 minggu sebelum ni banyak dugaan, cabaran yang terpaksa tunang kwn hadapi..... pertamanya kwn baiknya kemalangan dan patah bahu kiri..... selang beberapa hari adiknya yang ke-7 (FARID) pula kemalangan motorsikal dan kehilangan terus kaki kiri akibat pembulu darahnya pecah dan terpaksa dipotong!!... MasyaAllah dasyat dugaanMu Ya Allah.... terutama buat tunang kwn yang tersayang.... Kesedihan tu turut kwn family kwn rasai dan satu familynya sedih mengenangkan apa yang menimpa Farid.... ini semua qada` dan qadar yang mesti kita terima... yang penting apa yang berlaku PASTI ADA HIKMAHNYA..... itu yang kwn tekankan pada tunang kwn dan adiknya bila kwn menziarahi farid....
Cuma apa yang kwn kagum ialah semangat Farid.... walaupun dia tahu kakinya hilang, air mukanya kwn dah nampak dia semacam boleh terima apa yang berlaku pada dirinya.....
Untuk Farid apa yang kwn nak nasihatkan....:

"Farid kena kuat...Farid kena Tabah...... Ramai yang ambil berat pasal Farid.... semua orang sayang farid..... Farid kan seorang TAHFIZ..... jadi bila Sayangnya Allah pada Farid...Allah akan uji FArid.... Farid kena bersyukur Nyawa farid selamat..masih boleh farid menatap wajah Emak,ayah,along,daus,heri,aisyah,syafiq,fuad dan kimi dan termasuk abg am ni sekali dan juga semua org yang sayang farid dan farid sayang.....dan apa yang paling penting mereka masih boleh menatap wajah farid..... Kita kena ingat...ramai lagi org lain yang lebih bernasib malang dari farid... tabahkan hatimu.... kami semua akan sentiasa doakan farid, semoga kehidupan farid lepas ni dan sampai bila2 akan bertambah baik...."

Sedih kwn..... sepanjang kwn tulis coretan kali ni... walaupun gembira untuk majlis kwn nanti tapi jauh di sudut hati, kwn sedih dengan apa yang menimpa family tunang kwn... kwn doakan semoga kalian semua tabah dan banyakkan bersabar..... Pasti ada hikmahnya......

Akhirnya, buat sahabat2 semua, doakan kebahagian kwn yang bakal kwn kecapi selepas ini, semoga ianya berpanjangan sehingga akhir hayat..... Terima di atas nasihat sahabat2 semua terhadap kwn.... kwn insan biasa yang banyak buat kesilapan......

Salamualaik........

Monday, December 1, 2008

Countdown for my wedding ceremony.....

Salam buat semua.....
Erm... dah la kwn lama tak tulih kat blog kwn ni...tup2....kwn sendiri dah nak majlis...biasalah...kejutan tu mesti ada... tinggal 19 hari saje lagi kwn bergelar bujang.... InsyaAllah persediaan sehingga kini...alhamdulillah... cuma tak boleh over confident.... tak bagus....cuma skrg apa yg penting.. sokongan dari family dan kwn2 yang dah berumahtangga untuk kwn sabar hadapi sebarang bentuk dugaan/cabaran yang mendatang..... tolong kwn ok...

Erm... 3hb 12 2008, tarikh exam PTK kawan... inilah kali pertama nak PTK... mcm exited jugak tapi kwn baca mana yang termampu je sebab minggu lepas baru habis kursus..3 hari 2 malam... mana sempat nak belek2 buku..... sebelum2 ni pulak sibuk sikit dok attend kes2...dan siapkan beberapa hujjah.... dlm pada ni jugak kwn sibuk dengan persediaan perkahwinan.... memang masa untuk study tu agak terbatas.... mlm ni la baru kwn pulun betul2 nak baca mana yang termampu.... doakan kwn berjaya ok..... amin...

Erm....apa lagi ek.... alamak takde idea la...nanti2 kalau kwn ada idea, kwn tambah ok... ni kwn nak sambung study pulak.....

Salamualaik................

Thursday, November 13, 2008

Kaifa Ha..lukum...??

Salam untuk semua....
Kaifa ha..lukum....? (versi arab fushah) Izayyak? (arab ammi)
Pekabo sahabat2 semua.... kwn rasa lama sesangat dah kwn tak tulis something kat blog kwn ni... maklumlah...banyak keje skit kena laksanakan....attend kes2....siapkan laporan2 kes... hujah penggulungan kes.... semak pliding2 kes..... tandatangan surat2 penting jabatan.... erm boleh tahanla banyakknye... al-maklumlah dok j.b la katakan... yang ikut statistiknya negeri ke-3 paling banyak kes cerai (tak sure sgt) tapi ye kot....

Baru2 ni kwn attend lagi ke k.l untuk urusan majlis kwn nanti.... siapkan mcm2 benda kat sana...mcm urusan fiting baju kat melaka.... setel kad kahwin ngan adik kwn yang bijak bestari.....(dialah yg desingkan kad kawin kwn..cantik apa...) beli brg kemas.... setel fiting baju di rompin pahang......

Masa kat k.l kwn nak je jumpa kwn2 lama masa kwn belajar dulu dan keje kat K.L tapi tak berkesempatan.... insyaAllah lepas2 ni bukan kwn sorang tapi kwn bwk zaujah sekali jumpa korang semua...ok... barulah syok sikit... Amin....

Di kesempatan yang ada ni..kwn nak menjemput semua ke majlis perkahwinan kwn di :

Alor Gajah, Melaka pada 21hb Disember 2008 hari Ahad dan 25hb Disember 2008 hari Khamis di Kuala Rompin, Pahang.

Minta kerjasama sahabat2 kwn yg terbaca coretan kwn kali ni meng 'sms' kan alamat terkini sahabat2 sekalian ke no. pone kwn 013-9822140 untuk kad Jemputan diedarkan.....
Harap secepat mungkin..ok....

Oklah...kwn ada keje sikit...nanti2 kwn sambung lagi ek....
Salamualaik....

Tuesday, November 4, 2008

Jadikan amalan....

Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah dan ayat Alquran AlKarim

BISMILLAH ( Dengan nama Allah )Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescayaterpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia danjin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberaniandan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan )Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dannescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapamembaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinyadilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahayarohaninya.
AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah )Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescayaterpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaktidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakankepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkanpara malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembacasehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yanglain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akanmembuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nurmenurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal duniapada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akanterpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabutrohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihadbeserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindardarinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinandan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialahazab neraka.
SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina )Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.

SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran )Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat darigangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ ( Perempuan )Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akanterselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan )Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yangmungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dariwas-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hinggaayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yangbercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM ( Binatang Ternak )Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar darisegala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca olehpenumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF ( Benteng Tinggi )Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyangfardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segaladosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akanterpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmatAllah.
SURAH AL- AN FAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan danakan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surahini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan majuperniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil,nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu denganselamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akanterhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatanserta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat darigangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membacaayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang,nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikankemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, iaakan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membacaayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepadaanak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat daripetir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakitjantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescayaanak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atasperempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannyaitu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangbercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapamembaca ayat 80 dari surah ini, ketika pulang dari perjalanan, nescayadia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempatdengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapatrezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmupengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membacaayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepassembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapatsebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangselalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akanterselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian danserangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yangburuk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaatsebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, laluair itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamatdari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengansenafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yangberbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekalkepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidakakan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurnadan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-AN KABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapamembacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yanghendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membacaayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS - SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke ataskanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-Golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membacaayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakanmusuh-musuhnya.
SURAH SABA’ (Saba’)Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR ( Pencipta )Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkatiperniagaannya.
SURAH YAASIIN ( Hai Manusia )Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hatidan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescayaakan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satuhadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surahYaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku inginbenar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dancita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malamJumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa keduaibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekaliketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannyaitu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia matipada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekaliselepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan darisiksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turunkemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dankegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmatdan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalamkitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh andasekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT ( Yang Berbaris )Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripadagangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiansejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]

Monday, November 3, 2008

Kata2 Hikmah..

"Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga"

Sesuatu yg anda x
perasan@terfikir..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

How are me? hehe....


Salam untuk semua.........
Maaf sbb lama dah kwn tak upudate blog kwn ni... entahlah semenjak-bermenjak2 ni c-buk skit dengan keje2 opis.. yelah..nak setelkan cepat2 apa yang kena cepat setel sbb nanti nak cuti panjang pulak....banyak keje kwn pegawai lain yg kena take over.... sian kat depa tapi takpela..kan berkorban untuk kwn ni tak rugi sbb nanti2 kwn pulak tolong depa... ha ingat tu... tolong-menolong kan amalan mulia.....(betulbetulbetul)..versi upin ipin!!

InsyaAllah...selagi ada daya membantu..kwn bantu... dah nama pun keje kat jabatan yang membantu para suami@isteri (walaupun kebanyakkannya isteri2) yang dlm kecelaruan antara sayang dan benci!! susah jgk nak buat keputusan... si isteri nak minta cerai...fikir psl anak-anak...tak jadi nak minta cerai..tangguh dulu.... tapi kekadang si suami bila isteri minta diceraikan.... buat dek..je... buat mcm org tak salah.... tapi kekadang nak kata suami salah...tak jugak... erm... entahla... yang penting kalau si isteri dan banyak bagi peluang kat suami yang segalanya "i am the Boss!!" i know what i do!!.. isteri digantung tak bertali... just go on dgn permohonan cerai, moga2 bila si suami dpt saman.. baru sedikit rasa tersentak!!... maybe dgn cara ni...suami isteri boleh berbaik?insyaAllah....

Banyak yg kwn nak cerita tentang penglibatan kwn dlm bidang Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ni....

Kwn ingat lagi time mula2 kwn attend untuk interview jawatan kwn sekarang..last sekali penemuduga tanya kwn.."apa harapan awak terhadap temuduga hari ini?.." kwn pun dengan bangga nya jwb... "insyaAllah saya harap saya dapat bersama-sama JKSM membantu menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Syariah di Malaysia dan nak tahu kenapa kebanyakkan kes di Mahkamah Syariah 'lambat' selesai dan saya nak tahu sbb apa?... mungkin keterlibatan saya dlm JKSM selepas ini dpt menjawab persoalan saya yg dah lama terbelenggu dan bidang ini memang cita2 saya semenjak saya di Bangku Sekolah lagi....."
Kwn pandang muka penemuduga tu dan mcm ada ada sedikit keyakinan je kat muka depa untuk ambik kwn keje je.... (ceh perasan!!) harap2lah.... amin....
Tup2 alhamdulillah....tak lama lepas tu kwn diberitahu Temuduga kwn Berjaya dan diambil bekerja di bwh JKSM..... ALHAMDULILLAH....syukur sgt kwn rasa...dan kwn rasa bertuah sgt2... REZEKI ALLAH yang dpt kwn nikmati dan tidak disangka2..... berkat ayat seribu dinar yg kwn amalkan semenjak dulu setiap kali selepas solat rasanya.... alhamdulillah....

Oklah..kwn kat opis ni... curi masa skit tulis kat blog ni..sbb tadi dah attend satu kes Khidmat Nasihat... suami yang diminta dtg ke MRS Kuala Lumpur kerana isterinya mohon cerai BAIK dan suami kata tak setuju kerana mereka sebenarnya masih ok dan masih still berhubung melalui telefon tapi perhubungan mereka sedikit kelam-kabut sbb banyak campur tangan adik-beradik isteri!! erm....tak tahulah nak kata apa tapi... kwn pesan kat client kwn tu kalau tak setuju just attend dan ckp tak setuju je.... Maybe kes akan ditutup!! nak teruskan mcm mana kalau suami tak setuju cerai?? dan Permohonan pun memang permohonan Cerai Baik...tiada isu lain yg perlu dibangkitkan!!... (betulbetulbetul) versi upin ipin!! hehe...

Cukup sampai sini dulu ok.... nanti2 kwn sambung lagi......
ha...tu kerani dah panggil ada client kat depan...
kwn pergi dulu jalankan amanah Allah ni....
Jumpa lagi dicoretan yg lain....

Salamualaik......

Tuesday, October 28, 2008

Cuti Umum...

Salam untuk semua....
Lama plak rasanya kwn tak jenguk blog kwn ni... maklumla biasanye bukak kat opis time takde keje.... tapi bila dah cuti panjang skit ni.... dak tokleh bukak kat opis... nasib la kwn masuk pone kat umah sewa kwn ni..boleh la bukak net pakai ez net.... tak pakai streamyx pun sbb jrg2 bukak... rugi plak kwn rasa kalau masuk sbb monthly kena stay byr tapi jrg guna... kan membazir namanya.... ni pkai ez net.... 1 minit 4 sen.... kira okla tu.... boleh budjet kalau nak guna.... ok kan...? bayar bila pakai....
okla... hari ini kwn attend kes di Mersing... biasala keje kwn tu le.... kebetulan memang dari rompin.... tu yang kwn baru sampai rumah hari ni... kiranya dari rompin (kampung kwn)terus attend kes di Mersing...habis2 kes balik umah terus.....tu pun dah nak pukul 4 ptg...kwn ni kira out station la....
Entahla hari ni rasa letih semacam sangat.... mybe penat memandu kot....nak kena cari drebar palak rasanya... plak dah...jangan nak berangan!!(bentak hati kwn....) baik.... (nada sin chan)... insyaAllah manala tahu satu hari nanti....amin..
Saje je ni kwn singgah jap...sambil2 nak bukak web Mudah.com.my.... Seronok bukak web tu sbb ada jualan brg2 terus dari owner.... tapi bab2 sewa menyewa...jual beli hartanah..byk jugak agen2 yang iklankan.... tapi bagusla depa sbb mudahkan urusan owner yang mybe sibuk.... kita manela tahu....
Erm.... oklah...lain kali kwn tulis lagi..... ada keje skit nak buat....
Salamualaik..........

Thursday, October 23, 2008

Hari Jumaat yang Mulia....

Salam untuk semua.....
Hari ni 24/10/08... hari Jumaat yang mulia..... hari berkumpulnya ummat islam lelaki di masjid untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat...perintah Allah Ta`ala yang wajib ditunaikan.... insyaAllah..mudah-mudahan amalan kita diterima oleh-Nya.....amin....
Hari ni kat opis ada meting bulanan..... sempat lagi la dalam bulan syawal ni.... sebelum meting dalam jam 12.00 t/hari nanti ada makan2 ngan majlis jamuan hari raya + majlis perpisahan en.Raja... yang naik pangkat dari N17 ke N22... Chief Club up skit dari cleark gred 17.. tapi bertugas di JPPH...orang lama la katakan.....petang kul 3.00 ptg barulah meting opis...
Yang kwn pulak bila lagi??? insyaAllah tak lama lagi kwn plak nak dinaikkan pangkat.... mcm en.Raja.... tak lama lagi la.....
tapi kwn kena amik pekse PTK dulu.... insyaAllah PTK bulan 12 ni..tapi surat apply dengan JKSM tak respon lagi..... tapi takpela ada rezeki PTK tahun ni...ada la.....
oklah berbalik pada opis tadi... en.Raja banyak bagi sumbangan dekat BBGJB ni... kwn pun dia byk tolong dulu.... kwn time kasih banyak2...
oklah.... nanti2 kwn sambung lagi...ok..
salamualaik....

Tuesday, October 21, 2008

Boring jugak....

Salam......
Hari ni kwn (saya loghat Johor) dok opis je.... nak buat keje opis... sbb skrg kwn byk handle kes2 di Mersing dan Kota Tinggi....kes2 kat sana pun sekali seminggu.... cuma kes di J.B je hari2....tapi kes2 J.B pegawai lain yang attendkan... alhamdulillah ok la tu... taklah kwn pening2 kepala fikir kes2 kat banyak court..just concentrate 2 court je... okla tu... tapi kalau ada emergency...court lain pun kwn attend jugak.....tolong-menolongkan amalan mulia....betul3..
Rutinnya..kalau ada kes..kwn attend ke courtlah.. kalau takde kes..kwn dok opis tunggu client... kdg2 takde...boring jugak... tapi kalau ada tu sekali ramaila pulak....tak cukup tangan dibuatnye.... ermm.... dah namanya kerja..amanah Allah...wajib dilaksanakan..... Lillahita`ala... Kwn seronok sgt kerja ni sbb dapat tolong org susah..mudahkan urusan manusia..InsyaAllah..Allah akan mudahkan urusan kita...Amin.....
Kwn selalu minta client2 kwn supaya doakan rumahtangga kwn nanti akan kekal bahagia hingga hujung nyawa.... InsyaAllah...
Oklah..kwn saje je...Pagi2 ni... takde client lagi...jap lagi dah ramai tak sempat nak berceloteh.. oklah....kwn nak buat kerja....
Salamualaik............

Kitakah IKHWAN itu...??

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. KITAKAH IKHWAN ITU ??

Doa Majlis Perkahwinan...

Doa Majlis Perkahwinan

Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…

Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati… Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…

Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…
Kurniakan Kepada Mereka Berdua…
Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….
Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…
Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….
Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..
Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…
Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…
Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana Nabi Allah Ayyub… Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya Dan Keluarganya…

Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami… Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini…
Amin….Ya Rabbal `Alamin….




Monday, October 20, 2008

Penat betul.....

salam untuk semua.....
semalam 20/10/2008 ... dari pagi sampai petang aku dok cari brg2 dengan tunang aku tu... tapi kami ditemani kakak ipar (kak ngah) aku... hehe.... sebagai pemberi pendapat merangkap bodyguard tunang aku tu...
So.. kami semua pusing2 sekitar seremban... cari brg2 tu.... mcm beg,kasut dll...
akhirnye...tepat jam 3.00 ptg alhamdulillah...selesai... tapi ada lagi brg2 yang nak kena cari.... tapi kemudianlah aku cari kat J.B je... kira tu brg2 sebelah lelaki lah nak bagi sebelah perempuan... tak kisahlah tu aku boleh settle sendiri.....

Lepas tu lepak jap kat rumah abg aku ngan kak ipar aku kat tmn tunku jaafar, seremban..besar jugak rumah dia..warna kuning lagi... murah pulak tu... rumah tu kalau kat J.B mau 600 ke 700 sebulan..tapi tulah rezeki dia.... kami pun tumpang solat, makan makanan yg kami beli kat kedai mamak... rehat2 sekejap...maklumlah keletihan....

bab makanan...aku ngan tunang makan mee rojak....abang aku ngan kakngah makan nasi berlauk... tapi yg bestnye kak ngah dah byrkan.... padahal aku nak belanja tapi dah rezeki kami dibelanjakan...terima aje.... murah rezeki....

oklah..... aku ada keje skit nak buat, nanti aku sambung lagi....
salamualaik....

Saturday, October 18, 2008

First Storey la kan....

Salam...buat sahabat2 semua....
ni first time la aku hadap benda ni...sebelum2 ni ada jugakla aku buat blog camni...tapi lama dah tak cara psl blog tu...skrg aku pun dah lupa apa adress nak buka kat blog aku tu???....
Jadi kesimpulannya...aku buat yang baru le...ni pun abg aku tolong buatkan blog ni.... jadi ada la blog baru aku ni....
Semalam...18hb Oktober 2008, aku planing ngan tunang aku hari ni nak pegi tempat izu (adik aku) nak setel psl kad kawen kitorang... takpe izu akan setelkan awal bulan 11 ni....sempat insyaAllah... kiranya setel la pasal kad kawen kami... mintak2 la siap amin..........
Ok..hari ni 19hb oktober 2008.. aku planing nak pegi cari brg2 hantaran.... aku nak setel hari ini jugak beli brg2 tu.... takdelah kalot2 nak cari brg nanti....insyaAllah dipermudahkan... Cuma untuk brg2 kemas...lewat skit pun takpe....
oklah cukuplah untuk hari ni...nanti aku sambung lagi cite aku....ok...
Salamualaik....